Sunday 25 May 2014

ikon negara:DATUK NICOL ANN DAVID

   Nicol Ann David merupakan seorang pemain skuasy yang terkemuka di dunia dan berumur 31 tahun. Beliau telah memenangi banyak pertandingan yang penting dan merupakan wanita Asia pertama yang tersenarai sebagai Pemain Skuasy Wanita nombor 1 di dunia.

   Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang.Ibunya berbangsa Cina manakala ayahnya berbangsa India.Kedua ibu dan bapanya sangat menyokong kariernya sebagai seorang atlet sukan.Ini kerana bapanya juga merupakan seorang pemain bola yang hebat suatu ketika dahulu.

    Antara pengiktirafan yang diperolehi beliau adalah dipilih sebagai pemenang obor yang mewakili Malaysia pada temasya sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004.Beliau sekarang duta "Goodwill" untuk agensi pembangunan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...