Sunday 21 September 2014

PPKK(Pusat Permainan Kanak-Kanak)

Hai semua.Hari ini saya nak kongsi tentang satu tempat yang bernama Pusat Permainan Kanak-Kanak.Gambarnya adalah seperti berikut=




susana di sana

                                     main lego





 

Lompat si katak lompat
jangan tinggi-tinggi sangat.








               Kolam bola pun ada,trampolin pun ada
 Adikku meniti titian gantung


                      Papan tanda supaya senang nak cari


Berenang tapi baju tak basah.Hairan-hairan ^.^                                        

Saturday 20 September 2014

apam gula hangus

Bahan-bahan=
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*

(* jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin atau butter     

2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara=
1.Gula dihanguskan dan dicampurkan dengan air.Sejukkan.
2.Dalam blender,masukkan telur,susu pekat,minyak dan majerin kisarkan selama 3 minit.
3.Masukkan gula yang telah di sejukkan tadi dan kisar lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung gan kisar lagi sehingga sebati.
5.Kukus adunan tadi di dalam loyang dan kukus selama 15 minit.(guna acuan lompang dan plastik 15 minit aje)   

                                                                              Acuan lompang =>

#Sekiranya adunan nampak cair boleh tambah sedikit lagi tepung supaya apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.


Tuesday 16 September 2014

homemade popcorn(guna pemanggang ajaib)

Hai semua.Hari ini saya hendak tunjuk bagaima buat popcorn sendiri(guna pemanggang ajaib)

Bahan-bahan=
1 cawan jagung popcorn 
3/4 cawan minyak masak
3 sudu besar majerin



Cara-cara=
1.Panaskan minyak masak
2.Masukkan majerin
3.Masukkan jagung popcorn
4.Tutup kuali
5.Biar semua jagung kembang(bia dah habis bunyi pop)
6.Buka tutup,angkat dan sejukkan


Untuk karamel=
1 cawan gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar majerin


Cara-cara=
Cairkan gula hingga perang(jangan sampai hitam,nanti pahit)
Masukkan majerin
Gaul rata dan sejukkan
Masukkan popcorn,gaul dan sedia dimakan.



Sunday 14 September 2014

Merdeka.....Merdeka.....Merdeka.....

    Selamat hari Kemerdekaan yang ke-57.Selama 57 tahun kita hidup aman,damai dan sentosa.Esok,16 september ialah Hari Malaysia.Hari Malaysia ialah hari penamaan malaysia.Siapa tahu apakah nama malaysia yang terdahulu?Jawapannya ialah Tanah Melayu ataupun Malaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...