Sunday 25 May 2014

lava coklat

               Dah cuba kek lava coklat?Rahsia untuk resepi ini senang sahaja.Ia disebabkan oleh coklat di dalam kek yang tidak masak.Penggemar coklat pasti tidak akan ketinggalan untuk mencubanya.Mari kita lihat cara-cara nak buat kek ini....








Bahan-bahan:
5 sudu besar butter
100 gm coklat gelap(satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar(saiz A)
1 kuning telur saiz besar(saiz A)
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 cubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins(disapu butter)


Cara-cara:
1.Panaskan ketuhar -200 degree(atas bawah)180 degree(hot air/udara panas)
2.Cairkan coklat dan butter bersama-sama menggunakan kaedah "double boiler".
3.Gaul telur dan gula sehingga campuran bewarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
4.Kacau campuran cokat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati.
5.Ayakkan tepung,koko dan garam.
6.Kaup dengan spatula sehingga sebati.
7.Sudukan kedalam 4 ramekins atau paper cup saiz besar yang tebal yang telah disapu dengan butter.
8.Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer.Kalau tak nak boleh terus masuk dalam ketuhar.
9.Untuk dapatkan lava yang betul-betul macam lava,bakar lebih kurang 13 minit sahaja.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...