Friday 30 May 2014

cheese tart

            Hai.Hari ini saya nak kongsi resepi cheese tart.Sila perhatikan betul-betul ya.

BAHAN-BAHAN SHELL
170 g majerin atau butter
50 g gula ising
1 biji telur gred C
290 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

CARA-CARA MEMBUAT SHELL
Pukul marjerin atau butter menggunakan senduk kayu atau spatula.Jangan putar lama sangat.Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga doh menjadi lembut.Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.Untuk dapatkan doh yang baik,masukkan doh dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.Ambil sedikit adunan dan tekan kedalam acuan.Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit atau sehingga shell tersebut masak.Shell ini kita boleh sediakan awal.Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.Tunggu shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
NOTA:Jika guna telur gred B,buang sedikit putih telurnya agar shell tidak menjadi keras sangat.

FILLING
Sediakan filling yang kita suka.Biasanya kita gunakan filling bluberry,strawberry,coklat,kiwi,oren atau jem nanas .Bahan-bahan untuk membuat filling ini ada dijual di kedai menjual bahan-bahan membuat kek.Ini untuk yang rajin buat,ye.Kalau rasa leceh nak buat boleh beli di kedai.Masukkan filling ke dalam piping beg supaya nak senang letak dalam shell.Lebih banyak letak filling lebih sedapalah cheese tart kita.

CREAM CHEESE
250 cream cheese
50 gm gula kastor/gula halus
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanilla/esen lemon

CARA BUAT CREAM CHEESE
Keluarkan cream cheese 20 hingga 30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga menjadi cream.Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi.Masukkan filling dalam kulit tart.Gunakan kaeadah yang sama sewaktu hendak memasukkan inti ke     dalam shell.Masukkan penuh supaya ia kelihatan cantik membuncit.

PROSES MEMBUAT CORAK
Ambil sedikit cream cheese dan titiskan beberapa titis pewarna makanan ke atas cream cheese itu tadi.Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.Lakukan proses ini sewaktu krim itu masih lembut.Kalau tidak proses membuat corak kita tidak akan menjadi.
1.Dengan menggunakan pencungkil gigi,buat garisan-garisan kecil di bahagian tepi.
2.Bilangan garis-garis kecil itu mengikut citarasa sendiri.Lebih banyak lebih cantik.
3.Kemudian gunakan bahagian yang tajam dan tarik dari atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk menjadikannya corak yang diingini.

PROSES PEMBAKARAN
Bakar selama 5 minit pada suhu 170 c.Sentuh cream dengan hujung jari.Jika tidak melekat,tandanya ia dah masak.Jika tidak,bakar selama seminit lagi.

NOTA
Untuk resepi ini,1 adunan adunan shell dapat buat dalam 40 biji.Tapi itu bergantung kepada kebesaran acuan dan ketebalan shell.Bagi adunan cream pula dapat dalam 70 hingga 80 shell.Nak bagi balance adunan shell buat 2 dan adunan cream buat 1.Cheese tart yang sudah siap simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA!!!





2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...