Monday, 9 November 2015

spagethi carbonara white-a-licious

Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:

Minyak zaitun
Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
Lada hitam
1 kotak susu dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, Azwar letak sosej dan daging sahaja)
Garam
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk  

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang engkorang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong, unta ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

resepi daripada= http://miss-azwarsyuhada.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...