Fuh...........sedap gila roti jala aku makan waktu buka tadi.Mak aku yang masak tau.Nak tau cara buat roti jala,ikutlah resepi ini.gerenti sedap.
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar(optional,kalau taknak susu,letak air)
2-3 titik pewarna makanan(saya guna kuning)
1 biji telur
3 camca besar mentega air/minyak zaitun
secubit garam
kari(nak guna sambal tumis atau apa-apa je yang sesuai)
Cara-cara
1.Satukan semua bahan kecuali kari tadi kacau rata dan tapis bancuhan tadi.Ketepikan 10 minit.
2.Panaskan non stick pan.Lenser dengan sedikit minyak zaitun(lap dengan paper towel/tisu yang bersih)Bila panas,paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan sos bermuncung tiga secara zigzag.Buat kaedah yang sama tapi bertentangan dengan baris yang pertama tadi.
3.Masak debgan api kecil.Bila permukaan roti jala nampak pucat,berhati-hati lipat seperti dalam gambar.Kemudian,dari pangkal gulung perlahan-lahan hingga hujung.Kemaskan dan alihkan dalam pinggan.Hidang kan bersama kuah kari tadi.
No comments:
Post a Comment