Friday, 6 May 2016

SATURDAY DELIGHT.... B)

           THIS WEEK THEMES:AMERICAN BREAKFAST  

FIRST RECIPES:OMELET

BAHAN-BAHAN

1 biji telur
1 tbsp mentega
garam(secukup rasa)
lada putih(secukup rasa)
1/2 tomato(dipotong dadu)
1 biji cendawan tin(dihiris)
1/4 bawang holland(dipotong dadu


CARA-CARA MEMBUATNYA

-Pukul telur.Perasakan dengan garam dan lada putih.Kacau sehingga sebati
-Panaskan kuali dan cairkan mentega
-Masukkan telur yang telah dipukul kemudian letakkan lada benggala tomato,cendawan dan bawang di atas telur tersebut
-Setelah telur tersebut hampir masak,lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan

from:cikguarda.blogspot.my/2013/03/assalamualaikum.html

SECOND RECIPES:FRENCH TOAST(ROTI TELUR)

BAHAN-BAHAN

1 biji telur
2 1/2 tbsp susu segar
1 1/2 tbsp mentega
2 keping roti
garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

-Kemaskan roti dengn memotong bahagian tepi roti.Langkah ini dikenali sebagai 'trimmed'.
-Potong roti kepada 2 bahagian(jadikan bentuk segitiga)
-Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati
-Panaskan kuali dan cairkan mentega
-Celupkan roti ke dalam adunan cecair yang telah sebati dan masukkan ke dalam kuali sehingga roti bewarna kperang-perangan


THIRD RECIPE:POACHED EGG

BAHAN-BAHAN
1 biji telur
1/4 periuk air
1 1/2 sudu besar cuka
secubit garam


CARA-CARA MEMBUATNYA

-Panaskan 1/4 periuk air sehingga separa mendidih
-Masukkan cuka dan garam ke dalam air
-Pecahkan telur ke dalam bekas berasingan .Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan .
  Pastikan kuning telur tidak pecah
-Pastikan telur terbentuk  dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat









pancake 3rd (video tutorial)

pancake 2nd

untuk mereka yang allergic susu

http://notakecil-calerluna.blogspot.my/2015/04/resepi-pancake-without-fresh-milk-tanpa.html


BAHAN-BAHAN

**2 Cawan Tepung Gandum
**1 sudu besar baking powder
**2 sudu besar gula (atau ikut selera)
**Secubit garam
3 biji telur grade A
2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
1 sudu kecil ekstrak vanilla
secawan air *optional

CARA-CARA MEMBUAT


#Pecahkan telur kedalam bekas dan pukul sehingga sedikit berbuih
#Masukkan estrak vanilla dan minyak zaitun. Pukul sebati.
#Campurkan kesemua bahan kering bertanda ** kedalam bekas lain.
#Masukkan sedikit demi sedikit bahan basah yang dah pukul sebati tadi kedalam bahan kering.
#Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan sedikit air jika adunan terlalu pekat. 
#Panaskan Non-stick pan dan boleh mula scope kan sesenduk kedalam kuali.
#Terbalikkan pancake bila buih gelembung dan mula naik dan pecah.

Adunan ini boleh buat 5-6 pancake saiz sederhana.

pancake the 1st(7 keping saiz sederhana)

resepi ini didapati dari:   http://ceriteraibu.blogspot.my/2013/10/pancake-yang-mudah-dan-sedap.html


BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak jagung/magerin


CARA MEMBUATNYA:

-Campurkan semua bahan dalam mangkuk sehingga sebati.Pastikan tepung tak berketul-ketul

-Tuangkan satu senduk kecil bancuhan tadi ke dalam non-stick pan

-Bila penkek nampak berbuih-buih sikit,terbalikkan

-Biar lebih kurang dalam 1 minit dan angkat


                         ENJOY!!!!

TIPS:kalau takde non stick pan,sapu dulu pan yang ade dengan sedikit magerin setiap kali sebelum              menggoreng
         boleh campur pewarna makanan untuk dijadikan rainbow pancake



look at this rainbow pancake!!!
from;  www.rd.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...