Friday 30 May 2014

cheese tart

            Hai.Hari ini saya nak kongsi resepi cheese tart.Sila perhatikan betul-betul ya.

BAHAN-BAHAN SHELL
170 g majerin atau butter
50 g gula ising
1 biji telur gred C
290 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

CARA-CARA MEMBUAT SHELL
Pukul marjerin atau butter menggunakan senduk kayu atau spatula.Jangan putar lama sangat.Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga doh menjadi lembut.Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.Untuk dapatkan doh yang baik,masukkan doh dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.Ambil sedikit adunan dan tekan kedalam acuan.Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit atau sehingga shell tersebut masak.Shell ini kita boleh sediakan awal.Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.Tunggu shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
NOTA:Jika guna telur gred B,buang sedikit putih telurnya agar shell tidak menjadi keras sangat.

FILLING
Sediakan filling yang kita suka.Biasanya kita gunakan filling bluberry,strawberry,coklat,kiwi,oren atau jem nanas .Bahan-bahan untuk membuat filling ini ada dijual di kedai menjual bahan-bahan membuat kek.Ini untuk yang rajin buat,ye.Kalau rasa leceh nak buat boleh beli di kedai.Masukkan filling ke dalam piping beg supaya nak senang letak dalam shell.Lebih banyak letak filling lebih sedapalah cheese tart kita.

CREAM CHEESE
250 cream cheese
50 gm gula kastor/gula halus
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanilla/esen lemon

CARA BUAT CREAM CHEESE
Keluarkan cream cheese 20 hingga 30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga menjadi cream.Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi.Masukkan filling dalam kulit tart.Gunakan kaeadah yang sama sewaktu hendak memasukkan inti ke     dalam shell.Masukkan penuh supaya ia kelihatan cantik membuncit.

PROSES MEMBUAT CORAK
Ambil sedikit cream cheese dan titiskan beberapa titis pewarna makanan ke atas cream cheese itu tadi.Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.Lakukan proses ini sewaktu krim itu masih lembut.Kalau tidak proses membuat corak kita tidak akan menjadi.
1.Dengan menggunakan pencungkil gigi,buat garisan-garisan kecil di bahagian tepi.
2.Bilangan garis-garis kecil itu mengikut citarasa sendiri.Lebih banyak lebih cantik.
3.Kemudian gunakan bahagian yang tajam dan tarik dari atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk menjadikannya corak yang diingini.

PROSES PEMBAKARAN
Bakar selama 5 minit pada suhu 170 c.Sentuh cream dengan hujung jari.Jika tidak melekat,tandanya ia dah masak.Jika tidak,bakar selama seminit lagi.

NOTA
Untuk resepi ini,1 adunan adunan shell dapat buat dalam 40 biji.Tapi itu bergantung kepada kebesaran acuan dan ketebalan shell.Bagi adunan cream pula dapat dalam 70 hingga 80 shell.Nak bagi balance adunan shell buat 2 dan adunan cream buat 1.Cheese tart yang sudah siap simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA!!!





Sunday 25 May 2014

kucing oh kucing




maizatul sarah

      assalamualaikum.saya hari ni nak kongsi tentang salah seorang freind saya.namanya adalah maizatul sarah.dia tu baik orangnya.saya kawan dengannya sudah 1 tahun.umur dia sama macam saya,11 tahun.dia sekolah di SK Taman Seroja.kelas dia pun sama macam saya,5 UKM.petang pun sama juga,5 Al-Khawarizmi.sampai situ sajalah kali ini.tata(maksudnya bai bai)

ikon negara:DATUK NICOL ANN DAVID

   Nicol Ann David merupakan seorang pemain skuasy yang terkemuka di dunia dan berumur 31 tahun. Beliau telah memenangi banyak pertandingan yang penting dan merupakan wanita Asia pertama yang tersenarai sebagai Pemain Skuasy Wanita nombor 1 di dunia.

   Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang.Ibunya berbangsa Cina manakala ayahnya berbangsa India.Kedua ibu dan bapanya sangat menyokong kariernya sebagai seorang atlet sukan.Ini kerana bapanya juga merupakan seorang pemain bola yang hebat suatu ketika dahulu.

    Antara pengiktirafan yang diperolehi beliau adalah dipilih sebagai pemenang obor yang mewakili Malaysia pada temasya sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004.Beliau sekarang duta "Goodwill" untuk agensi pembangunan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia.

lava coklat

               Dah cuba kek lava coklat?Rahsia untuk resepi ini senang sahaja.Ia disebabkan oleh coklat di dalam kek yang tidak masak.Penggemar coklat pasti tidak akan ketinggalan untuk mencubanya.Mari kita lihat cara-cara nak buat kek ini....








Bahan-bahan:
5 sudu besar butter
100 gm coklat gelap(satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar(saiz A)
1 kuning telur saiz besar(saiz A)
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 cubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins(disapu butter)


Cara-cara:
1.Panaskan ketuhar -200 degree(atas bawah)180 degree(hot air/udara panas)
2.Cairkan coklat dan butter bersama-sama menggunakan kaedah "double boiler".
3.Gaul telur dan gula sehingga campuran bewarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
4.Kacau campuran cokat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati.
5.Ayakkan tepung,koko dan garam.
6.Kaup dengan spatula sehingga sebati.
7.Sudukan kedalam 4 ramekins atau paper cup saiz besar yang tebal yang telah disapu dengan butter.
8.Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer.Kalau tak nak boleh terus masuk dalam ketuhar.
9.Untuk dapatkan lava yang betul-betul macam lava,bakar lebih kurang 13 minit sahaja.

Saturday 17 May 2014

kejayaanku

                  Alhamdulillah,saya mendapat tempat ke-4 dalam public speking =) tapi sekolah yang bertanding dalam public speaking tu cuma 4 termasuk sekolah saya,jadi maksudnya dapat tempat terakhir....sedihnya =(
nak tau kenapa saya dapat tempat ke-4 peringkat sekolah rendah?sebabnya yang lawan semuanya darjah 6.tapi takape,tahun depan cuba lagi.kan tiapx2 tahun ada......hihihi ^.^terima kasih smk seri sepang.....

Tuesday 13 May 2014

pertandingan public speaking pertama saya ;(

       semua....saya dah dilantik oleh cikgu untuk masuk public speaking....gementarnya + _ +  public speaking tu diadakan di SMK  Seri Sepang.sebenarnya public speaking ni adalah salah satu pertandingan dalam program asah bakat persatuan pandu puteri selangor anjuran PPD Sepang.hari pertandingan sabtu ni....17 mei 2014.jadi semua doakan sekolah saya berjaya...saya sekali jangan lupa  =)

Sunday 11 May 2014

resepi masakan alya =)

        ya,seperti tajuk di atas,saya hendak kongsi satu resepi makanan.ianya adalah kek coklat.kalau nak salin,silakan:
Bahan-bahan:
4 biji telur
250 g mentega
250 g gula
250 g koko
20 g tepung kek
10 ketul ais kiub

Bahan hiasan:
Gula-gula berbentuk bintang
Chocolate rice

Cara-cara:
Pukul gula dengan mentega sehingga kembang.Kemudian masukkan pula telur satu persatu sampai habis.Diikuti pula dengan tepung kek,koko dan ais kiub.Gaul sehingga sebati.Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit.Setelah masak,keluarkan dari acuan dan hias.....senang kan.Jadi,buatlah ye..=)

keburukan komputer riba

           Assalamualaikum semua,apa khabar?saya sihat sahaja.hari ini saya hendak kongsi info berkaitan keburukan komputer riba.Bagi anda yang suka meletakkan komputer riba di atas paha,mungkin anda perlu memikirkan tabiat yang membawa padah ini.Ini kerana bahang komputer riba boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar,menurut sebuah kumpulan penyelidik dari switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal pediatrics.Selain mendatangkan kebaikan,komputer riba juga mendatangkan keburukan kepada anda.Salah satu contohnya ialah "Toasted Skin Sindrom" yang berpunca daripada bahang yang dihasilkan daripada komputer riba.Ini berlaku tanpa disedari oleh pengguna.sindrom ini menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan berbintik-bintik,ekoran terdedah pada bahang panas pada masa yang lama.Dalam satu kes yang berlaku,seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami sindrom tersebut di paha kiri selepas dia bermain beberapa permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.Menurut Dr.Andreas Arnold dan Peter Itin pula,kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit....

Tuesday 6 May 2014

keluarga saya pergi bercuti

     Sorry ye,dah lama x update......so,janganlah marah.Hari ni saya nak bagi perumpamaan pula.Ianya ialah bagai cacing kepanasan.maksudnya orang yang tak reti duduk diam,macam adik saya  -_-.Hari ni saya nak kongsi kisah keluaraga saya pergi bercuti.Kami sekeluarga pergi ke Langkawi pada cuti persekolahan yang lepas.Kami semua menginap di hotel Langkapuri Inn berdekatan dengan Pantai Chenang.Keesokan harinya,kami pegi ke Pekan Kuah.Kami pergi ke sebuah pasaraya bebs cukai iaitu Idaman Suri.Di sana kami membeli mangkuk ,pinggan,periuk,teko,cawan dan juga coklat.Coklat apa saya x payah beritahulah.Jangan marah...^.^.Kemudian kami pergi ke Tugu Lang,sebuah tugu helang yang sangat besar.Lebih besar berbanding gajah.oops,melebih pula.Pada hari ketiga pula,pagix2 lagi saya sudah mandi pantai.Malangnya,getah rambut saya hilang...-.-kemudian kami pun bersiap hendak balik.tapi sebelum balik kami singgah di beras terbakar untuk membeli cendermata...kemudian barulah kami balik itu sahaja kisah saya hari ini......

p/s:lupa pula,pada hari kedua kami juga melawat makam mahsuri dan ke cable car.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...